SYM Naga 155, SYM VFE185i, SYM Cruisym 400i Dilancarkan di Malaysia
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., selaku pengedar tunggal motosikal jenama SYM di Malaysia telah melancarkan tiga model semalam iaitu SYM Naga 155, SYM VFE185i, dan SYM Cruisym 400i.
Pelancaran rasmi ini diadakan secara eksklusif di Courtyard oleh Marriott Kuala Lumpur South bersempena acara Mforce Mid-Autumn Gala. Ketiga-tiga model boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.
SYM Naga 155 (Harga dari RM8,888)
Skuter ini mempamerkan beberapa ciri menarik, tidak kurangnya panel-panel badan yang berupa sisik ular. Kami telah dapat melihatnya dengan lebih dekat ketika kami melawat kilang SYM pada April yang lalu.
- Enjin 149.6cc silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap, dengan nisbah mampatan 11.2:1 yang menghasilkan kuasa maksimum 14.2 hp (10.6 kW) pada 8,000 RPM serta tork puncak 13 Nm pada 7,500 RPM.
- Saiz piston ialah lejang 57.4mm x gerek 57.8mm, menawarkan kuasa pecutan dan kuasa maksimum yang seimbang.
- Transmisi CVT dengan pacuan akhir tali sawat serta klac jenis emparan automatik.
- Suspensi depan menggunakan fork teleskopik dan monoshok tunggal di belakang.
- Tugas membrek dilakukan oleh brek cakera tunggal 260 mm di depan dan cakera tunggal 233 mm di belakang.
- Sistem ABS menyokong kedua-dua brek.
- Bagi keselamatan tambahan, SYM NAGA 155 dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman tayar (Traction Control System/TCS).
- Tayar depan bersaiz 120/70-R13 tanpa tiub, manakala tayar belakang bersaiz 130/70-R13 tanpa tiub.
- Ketinggian pelana adalah 800 mm.
- Kapasiti tangki bahan api ialah 7.3 liter, manakala berat keseluruhan ialah 144 kg.
- Ciri-ciri lain termasuk lampu-lampu LED, paparan meter digital berwarna, sistem tanpa kunci, serta port pengecas USB QC 3.0, Type-C dan Type-A
- Ciri-ciri kemudahan termasuklah poket simpanan hadapan dengan pemegang cawan, ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah helmet muka penuh, tempat letak kaki yang lebih luas, cangkuk tersembunyi dan pelana berlapik busa berketumpatan tinggi.
- Pilihan warna ialah Matte Green, Black, White, dan Silver.
Dengan setiap pembelian mana-mana model SYM NAGA 155, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
SYM VFE185i (Harga dari RM9,888)
Model ini merupakan ‘super moped’ atau kapcai terunggul di Malaysia, dengan enjin berkapasiti paling besar .
- Enjin 183cc, silinder tunggal, 4-lejang, SOHC, penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 19.7 hp (14.7 kW) pada 9,000 RPM serta tork maksimum 17.5 Nm pada 7,500 RPM.
- Transmisi 6-kelajuan dengan pacuan akhir rantai, digabungkan dengan klac jenis basah berbilang cakera serta sistem pendikit mekanikal.
- Suspensi terdiri daripada fork teleskopik dan monoshock di belakang.
- Tugas membrek dilakukan oleh brek cakera tunggal 260 mm di depan dan cakera tunggal 233 mm di belakang.
- Sistem ABS menyokong kedua-dua brek.
- Untuk tayar, model ini menggunakan 90/80-17 (tanpa tiub) di depan dan 120/80-17 (tanpa tiub) di belakang.
- Ciri-ciri lain termasuk lampu-lampu LED, paparan meter digital berwarna, sistem tanpa kunci, serta port pengecas USB QC 3.0, Type-C dan Type-A.
- Ketinggian pelana ialah 800mm, manakala berat keseluruhan hanyalah 135kg, dengan tangki bahan
api 7 liter. - Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu White, Green serta Blue.
SYM Cruisym 400i (Harga dari RM27,888)
Model ini merupakan jenis skuter maxi 400cc, berbeza dengan model SYM ADXTG 400 yang berupa skuter adventure. Oleh yang demikian Cruisym ini sesuai bagi kegunaan harian dan jelajah jarak jauh.
- Enjin satu silinder, 4-lejang, SOHC dengan sesaran 399cc, SYM Cruisym 400i menghasilkan kuasa maksimum 33.5 hp (25 kW) pada 6,750 RPM dan tork maksimum 37 Nm pada 5,000 RPM.
- Transmisi menggunakan sistem CVT yang digandingkan dengan klac jenis emparan automatik serta pacuan akhir jenis tali sawat.
- Dari segi casis, ia menggunakan rangka buaian keluli dan dipadankan dengan suspensi depan teleskopik dengan, manakala bahagian belakang menggunakan suspensi boleh laras dengan peredaman laras terus.
- Sistem keselamatan ditingkatkan dengan brek cakera 28 8mm di hadapan dan 275mm di belakang, kedua-duanya disokong oleh sistem ABS Bosch.
- Rim aluminium MT3.5 × 15 di hadapan dan MT4.5 × 14 di belakang dipadankan dengan tayar tanpa tiub hadapan 120/70-R15 dan belakang 160/60-R14.
- Bagi keselamatan tambahan, SYM Cruisym 400i dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman tayar (Traction Control System/TCS).
- Model ini dilengkapi pelbagai ciri moden termasuk paparan TFT display, sistem kunci pintar (smart key) dengan butang pembuka tangki dan tempat duduk, serta port pengecasan lengkap iaitu Type-C (QC 3.0), Type-A dan soket 12V.
- SYM Cruisym 400i menyediakan dua ruang poket hadapan serta ruang bawah tempat duduk yang memuatkan satu helmet muka penuh dan satu helmet standard.
- Ia turut dilengkapi dengan kamera pemuka depan dan belakang (dashcam), cermin penghadang angin sporty boleh laras secara manual, serta sistem pemantauan tekanan angin dalam tayar (tyre pressure monitoring system/TPMS).
- Pelananya jenis berkembar dengan penyandar belakang memberikan keselesaan maksimum untuk penunggang dan pembonceng.
- Dari aspek pencahayaan, ia menggunakan lampu hadapan LED jenis naked projective serta lampu belakang dan lampu isyarat LED.
- Ketinggian pelana ialah 785mm, manakala berat kering ialah 222kg dengan tangki bahan api 14.5 liter.
- Terdapat tiga pilihan warna iaitu Space Grey, Dark Night Purple, dan Dreamy White.
Dengan setiap pembelian mana-mana model SYM Cruisym 400i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.